Wednesday 10 April 2019

Kami Cakna Tentang Anda

INFO PENTING!!!











Tayar merupakan komponen yang paling penting dalam sesebuah kenderaan yang bergerak di atas darat, tidak kiralah ia bersaiz besar atau kecil. Hatta kereta sorong pun tidak akan berfungsi jika tiada tayar. Ada pelbagai jenis dan jenama tayar berada dipasaran. Setiap tayar juga mempunyai kod dan fungsinya yang berbeza. Kami tahu mungkin ramai pembaca yang telah mengetahui mengenai perkara ini, tapi tidak salah kalau kami membuat ulang kaji atau memberi penerangan kepada mereka yang belum mengetahuinya. Jom kita semak kod tayar kenderaan masing-masing!

Contoh kod tayar kenderaan : P205/65/R1594H 1. Huruf di hadapan, sebagai contoh : P, menerangkan jenis kenderaan yang boleh digunakan oleh tayar tersebut. Penerangannya adalah seperti berikut : P: Kereta penumpang (Passenger Car) LT: Trak ringan (Light Truck) ST: Treler khas (Special Trailer) T: Sementara (Temporary) (kegunaannya hanya untuk tayar gantian "jimat-ruang" sementara sahaja). Sila tukar tayar anda dengan segera jika terjumpa kedai tayar yang berhampiran. 2. Nombor di hadapan sekali – contoh : 205 adalah mewakili lebar tayar anda. 3. Nombor seterusnya pula – contoh : 65 adalah peratus ketinggian tayar daripada jumlah lebar tayar tersebut. 4. Huruf R pula bermaksud Radial. 5. Nombor seterusnya seterusnya – contoh : 15 adalah saiz rim untuk tayar tersebut dalam inci 6. Nombor berikutnya – contoh : 94 adalah had maksimum bebanan 7. Huruf terakhir – contoh : H adalah had maksimum kelajuan 210 km / jam (jangan main tekan pedal ikut suka ya!). Jika ianya huruf terakhir seperti di bawah, ia memberitahu anda : S = Maksimum had laju 180 km / jam T = Maksimum had laju 190 km / jam U = Maksimum had laju 200 km / jam V = Maksimum had laju 240 km / jam Z = Maksimum had laju 240 km / jam W = Maksimbum had laju 270 km / jam Y = Maksimum had laju 300 km / jam Tayar juga ada tarikh luput, bukan makanan sahaja tau! Setiap tayar ada 4 angka tercatit di bahagian sisi tayar. Sebagai contoh - 0514. Nombor tersebut menunjukkan tayar tersebut telah dikeluarkan pada minggu ke-5 tahun 2014. Tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan. Tayar baharu yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi getahnya telah menjadi keras kerana ia sudah tamat tempoh. Sebelum menukar tayar baharu cuba anda pastikan tahun pengeluarannya, sebaik-baiknya adalah tahun yang terkini. Jika anda membeli tayar keluaran tahun 2013, anda boleh cuba meminta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal. Berikut adalah diskaun harga tayar mengikut pada tahun tayar tersebut dikeluarkan dari tahun semasa, sebagai contoh (2014); 2012 = 40% 2011 = 60% 2010 = 80% 2009 = Percuma (itu pun kalau dapat lah) Diharapkan perkongsian ini dapat membantu kita supaya tidak mudah ditipu oleh kedai tayar. Ketahui hak anda sebagai seorang pengguna!

0 comments:

Post a Comment