Friday 12 April 2019

Kalau Nak Jimat Duit, jagalah waranti kereta anda

Ada sesetengah pemilik kenderaan tak suka pergi ke pusat servis berdaftar untuk servis kenderaan dan pergi servis kenderaan di tempat lain dengan alasan untuk berjimat. Memang ada beza harga kalau servis di pusat servis rasmi berbanding dengan bengkel di luar, kadang-kadang boleh jimat sampai RM200, tapi percayalah penjimatan tu sebenarnya tak berbaloi.
Bila servis di luar, waranti yang diberikan oleh pengeluar kereta akan dibatalkan. Kereta zaman sekarang ni canggih, banyak peralatan elektronik untuk memudahkan pengguna. Cuma kelemahan peralatan elektronik ni ialah ianya tak tahan lama. Lagi banyak guna, lagi cepat rosak.
Contohnya kereta saya. Beberapa bulan lepas, starter motor mati. Kos nak tukar adalah RM1k tak termasuk upah. Disebabkan masih dalam waranti, benda ni ditukar percuma tanpa banyak soal. Saya diberitahu, selain daripada starter motor, push start button pun selalu ditukar dalam tempoh waranti. Yelah, memang tiap-tiap hari tekan push start button. Memang tak tahan lama.


Walaupun pernah tertinggal nak servis sekali, pusat servis tu bagi je claim sebab rekod servis masih cantik dan saya memang customer tetap kat situ. Kemungkinan besar untuk claim ni, bergantung pada pusat servis jugak samada nak tolong ataupun tidak. Jadi setialah pada satu pusat servis kalau boleh.
Kalau dah beli kereta baru, jagalah waranti. Servis kat luar dan save RM100-200 ni tak berbaloi kalau tiba-tiba kena bayar RM1-2k untuk baiki apa yang sepatutnya boleh di-claim daripada waranti.

0 comments:

Post a Comment